Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ...
dan ada juga yang mengutamakan kawan kerana kekasih ...
hadirnya seorang kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya seorang kawan sebagai sahabat sejati berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....
Antara kawan dan kekasih Yang mana harus kupilih...
Kawan pengubat kesunyian
Kekasih penyembuh kelukaan
Antara kawan dan kekasih Yang mana harus didahulukan...
Kawan tempat mengadu
Kekasih tempat bermadu
Antara kawan dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih...
Kawan menghulurkan bantuan
Kekasih menghulurkan sokongan
Antara kawan dan kekasih Keduanya aku harapkan...
Kawan sekuntum senyuman
Kekasih sepenuh perhatian
Antara kawan dan kekasih Bilakah akan kutemui....
Kawan sejujur kata
Kekasih setulus setia
Andai kawan itu kekasihku,Andai kekasih itu kawanku
Akan kuhadiahkan Sedalam lautan
Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan
Terima kasih Yaa Rabb.....
Blog ini tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Kami menulis apa yang menurut pandangan kami perlu berdasarkan sumber-sumber yang neutral dan sejalan dengan syariat. Kami tidak berpihak kepada mana-mana badan atau perkumpulan melainkan yang bertepatan dengan Islam. Allah matlamat kami, Rasul Ikutan kami,Al-Quran petunjuk kami, Jihad jalan kami, Mati Syahid cita-cita kami…, Wallahua’lam.
1 komentar:
baju hijau tue baju rasmi kat kuliah ke?
Posting Komentar